Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

DUN Kelantan | Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian bonus RM500 kepada seluruh kakitangan awam negeri.

Menteri Besar, Ahmad Yakob mengumumkan perkara itu selepas selesai membuat penggulungan Belanjawan 2020 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

"Kerajaan (negeri) bersetuju memberi insentif sebanyak RM500 kepada penjawat awam di Kelantan," katanya ringkas.

Difahamkan bonus tersebut adalah intensif kerajaan negeri melalui Belanjawan 2020 Kelantan dan bakal disalurkan pada awal tahun depan.

Pada 14 Oktober lalu, Ahmad (PAS-Pasir Pekan) membentangkan Belanjawan 2020 dengan jangkaan defisit berjumlah RM46.07 juta.

Belanjawan tersebut memperuntukkan sejumlah RM1.1 bilion sebagai perancangan berbelanja secara berhemat.

"Kerajaan negeri akan memberikan keutamaan kepada projek-projek atau program yang kesemuanya terjurus kepada usaha merangsang kemakmuran negeri dan mendatangkan kesejahteraan kepada rakyat," katanya.

Lihat Komen
ADS