Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mesyuarat BN akan datang dijangka bincang ‘lantikan’ Hisham

Pengerusi BN yang juga presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN yang dijadual berlangsung akan datang dijangka akan membincangkan cadangan mengangkat Hishammuddin Hussein sebagai setiausaha agungnya.

“Kita belum ada mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN.

“Insya-Allah (kita akan bincang) bila ada tiba masanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas status terkini cadangan untuk mengangkat anggota Parlimen Sembrong itu sebagai setiausaha agung BN.

Sebelum ini, spekulasi tersebar mengenai pelantikan Hishammuddin bagi menggantikan Tengku Adnan yang kini berdepan dakwaan rasuah di mahkamah.

Selepas BN tewas dalam PRU ke-14, BN melantik Nazri Aziz sebagai setiausaha agung.

Bagaimanapun ketika Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan memangku jawatan presiden Umno dan pengerusi BN, beliau berkata pelantikan itu tidak sah.

Justeru Tengku Adnan terus kekal menjalankan tugas sebagai setiausaha agung BN.

Cadangan tersebut juga mendapat sokongan ramai, antaranya, Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim, Pengerusi Umno Johor, Hasni Mohamed dan Pengerusi Umno Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

Lihat Komen
ADS