Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Penjelasan penganjur debat tak boleh diterima'
Diterbitkan:  Oct 16, 2019 10:33 PM
Dikemaskini: 2:33 PM

Penjelasan dibuat ketua juri bersama pertandingan debat Piala Tun Razak tahun ini tidak boleh diterima sama sekali, kata pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, pejabat terbabit berpendapat tajuk yang diutarakan semasa pertandingan debat tersebut melibatkan topik kontroversi berkaitan asas Islam, jsuteru ia dianggap tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

Menurut kenyataan itu lagi, ada banyak isu lain yang lebih relevan untuk diperdebatkan seperti rasuah, kebertanggungjawaban dan keadilan.

“Walaupun kenyataan maaf telah dibuat, namun pejabat ini memandang serius isu tersebut kerana ia tidak menjaga sensiviti umat Islam apabila tajuk yang diberikan langsung tidak sesuai untuk didebatkan.

“Malah, kenyataan yang dikeluarkan ketua juri bersama pertandingan debat berkenaan berhubung 'menulis' semula al-Quran tidak boleh di terima sama sekali,” menurut kenyataan itu.

Isu berkaitan pertandingan debat itu dalam kalangan pelajar sekolah menengah rendah baru-baru ini menjadi tular di laman sosial apabila antara tajuk yang diutarakan melibatkan topik-topik kontroversi berkaitan asas Islam.

Kata kenyataan tersebut, Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan agama, manakala Islam pula menjadi agama persekutuan.

“Namun, ia bukanlah lampu hijau bagi mana-mana pihak untuk mempersoalkan perkara yang termaktub di dalam al-Quran dan cuba untuk berdebat mengenainya,” menurut kenyataan itu lagi.

Semalam, ketua pengadil bersama pertandingan itu, Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal berkata usul debat itu hanya bersifat hipotetikal dan bukan cubaan untuk membawa "agenda liberal".

Mereka turut memohon maaf jika perkara itu mencetuskan rasa tidak selesa kepada mana-mana pihak yang terlibat.

Pada masa sama, isu itu juga menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof yang menyuarakan bantahannya terhadap tajuk itu dan menyarankan supaya penganjur memilih topik lain.

Lihat Komen
ADS