Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes penemuan 8 bahagian mayat: Reman suspek warga S'pura disambung
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 11:49 AM
Dikemaskini: 4:04 AM

Lelaki warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada seorang individu, di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di Melaka, disambung reman selama tujuh hari sehingga 25 Oktober ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu, selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki tersebut, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Oktober lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan tersebut dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Sabtu lepas, Ketua Polis Melaka Mat Kasim Karim dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan lapan bahagian tubuh manusia, dipercayai mangsa bunuh adalah milik dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Oktober lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan, dengan kerjasama polis Singapura dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Sebelum ini suspek direman tujuh hari bermula 12 Oktober lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS