Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Edar 3kg heroin, 1kg syabu: Sepasang kekasih terlepas tali gantung
Diterbitkan:  Oct 18, 2019 1:23 PM
Dikemaskini: 5:23 AM

Sepasang kekasih menarik nafas lega apabila terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang, melepas dan membebaskan mereka daripada dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin dan methamphetamine, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membukikan kes prima facie terhadap lelaki warga tempatan Lim Beng Hock, 51 dan kekasihnya, Nguyen Thi Mong Tien, 30-an, warga Vietnam di akhir kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama, Lim dan Nguyen didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 3278.1 gram di Kondominium N Park, Jalan Batu Uban, Batu Uban di Pulau Pinang pada jam 12.05 pagi, 31 Julai 2015.

Pertuduhan kedua pula, pasangan kekasih itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine, seberat 1035.11 gram pada masa, tempat dan tarikh sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Irwan Suainbon manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hussaini Abdul Rashid dan Benjamin Tan Yi Bin.

- Bernama

Lihat Komen
ADS