Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bukit Aman tahan 9 anggota polis di pusat hiburan
Diterbitkan:  Oct 20, 2019 5:31 PM
Dikemaskini: 9:31 AM

Sembilan anggota polis ditahan dalam serbuan di dua buah pusat hiburan di ibu negara, semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Zamri Yahya berkata anggota berusia 23 hingga 53 tahun itu ditahan dalam operasi lebih lima jam bermula pukul 10.30 malam.

"Kesemua mereka ini ditahan atas kesalahan berada dalam pusat hiburan dipercayai sedang berhibur.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua mereka adalah negatif," katanya ketika diihubungi hari ini.

Beliau berkata tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap kesemua anggota ditahan kerana melanggar arahan dan larangan daripada mengunjungi pusat hiburan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengeluarkan arahan melarang semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia mengunjungi tempat-tempat hiburan bagi mengelak sebarang amalan rasuah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS