Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahathir beri amaran kemungkinan sekatan perdagangan ke atas Malaysia

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia yang bergantung pendapatan terhadap eksport mungkin terjejas dilanda sekatan perdagangan akibat peningkatan perlindungan yang dikuatkuasakan susulan perang tarif Amerika Syarikat-China.

Mahathir tidak menyebut sumber mengenai kemungkinan sekatan ke atas negara di Asia Tenggara itu, tetapi berkata beliau kecewa kerana perdagangan yang sepatutya bebas, kini terhad secara meluas.

"Malangnya, kita terperangkap," katanya pada persidangan di Kuala Lumpur, merujuk kepada perang perdagangan AS-China.

"Dari segi ekonomi, kita terlibat dalam kedua-dua pasaran, dan secara fizikal kita juga terperangkap dari segi geografi. Ada kemungkinan kita juga akan menjadi sasaran sekatan,” katanya.

Amerika Syarikat dan China adalah dua daripada tiga destinasi eksport terbesar buat Malaysia antara Januari dan Ogos tahun ini. Singapura adalah destinasi utama.

Untuk mengurangkan impak akibat perang antara negara-negara besar itu, Mahathir berkata Malaysia sekarang menjalinkan lebih banyak bekerjasama dengan negara-negara jiran serantaunya.

Mahathir juga mengadu dibuli oleh negara-negara berkuasa besar, merujuk kepada kempen oleh negara-negara Eropah terhadap minyak sawit Malaysia. Minyak masak itu menyumbang 2.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar Malaysia tahun lalu dan menyumbangkan 4.5 peratus kepada jumlah eksport.

"Setelah membersihkan sebahagian besar hutan mereka dan enggan mengurangkan pelepasan asap mereka yang beracun, mereka kini berusaha menekan negara miskin dengan menghalang kita daripada membersihkan hutan untuk ruang hidup dan mencari nafkah," katanya.

Kesatuan Eropah meluluskan satu akta awal tahun ini untuk menghalang minyak sawit daripada dilabelkan sebagai bahan api yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2030 akibat kebimbangan terhadap penebangan hutan.

Terdapat juga kebimbangan bahawa India, salah satu pembeli terbesar minyak kelapa sawit Malaysia, akan menyekat mengimportan produk itu kerana hubungan diplomatik yang terjejejas susulan komen yang dibuat oleh Mahathir mengenai tindakan New Delhi di daerah bergolak di Kashmir yang dipertikaikan, baru-baru ini.

- Reuters

Lihat Komen
ADS