Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mavcom: Kami tak pernah terima dokumentasi kesesakan imigresen dari AirAsia

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata ia tidak pernah menerima butiran dokumentasi harian diminta daripada AirAsia Bhd, yang syarikat penerbangan tambang rendah itu mendakwa ia mengandungi butiran kesesakan pada setiap hari di kaunter imigresen klia2.

Dalam kenyataan hari ini, Mavcom berkata ia telah memberi maklum balas terhadap surat yang diterima daripada AirAsia pada Ogos 2019 berhubung isu itu dan seterusnya meminta butiran dokumentasi harian tersebut, maklumat itu akan menjadi tambahan kepada maklumat dan data yang telah diterima suruhanjaya tersebut.

"Kami juga menyatakan dengan jelas dalam jawapan kami kepada AirAsia bahawa Mavcom dijadual akan berjumpa dengan Jabatan Imigresen Malaysia dan meminta butiran diberikan kepada suruhanjaya itu sebelum mesyuarat ini, kerana maklumat sedemikian dapat membantu dalam perbincangan tersebut.

"Walaupun beberapa peringatan telah dihantar kepada AirAsia meminta butiran ini, tidak ada respons diberikan," katanya.

Ia berkata pihak Mavcom kemudiannya bertemu dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen dan Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membincangkan kesesakan di kaunter imigresen itu.

"Suruhanjaya berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian jangka panjang dan pembangunan jangka panjang dalam industri tersebut. Rangka Kerja Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (QoS), yang direka bagi meningkatkan tahap perkhidmatan lapangan terbang di Malaysia dan hasil perundingan dengan banyak pihak berkepentingan, merupakan contoh usaha MAVCOM untuk mencapai matlamat tersebut.

"Suruhanjaya itu setakat ini melaksanakan 20 elemen kualiti perkhidmatan di KLIA dan klia2 sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja QoS. Kerja-kerja itu sedang mengikut jadual untuk melengkapkan lapan lagi unsur kualiti perkhidmatan, termasuk berkaitan dengan masa giliran untuk imigresen, daftar masuk, kastam termasuk kawasan tepi jalan,” katanya.

Mavcom berkata ia akan memantau prestasi masa beratur tersebut yang terkandung dalam Rangka Kerja QoS Airports untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik oleh semua pihak terlibat.

- Bernama

Lihat Komen
ADS