Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Jho Low tak pernah guna dana dalam akaun Najib’
Diterbitkan:  Oct 22, 2019 6:09 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

KES 1MDB NAJIB l Ahli perniagaan yang sedang dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low tidak pernah menggunakan sebarang dana dalam tiga akaun akaun bekas perdana menteri Najib Razak, dan beliau tidak memperoleh apa-apa dengan mendeposit dana dalam akaun itu.

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa Jho Low tidak memperoleh apa-apa, kecuali memastikan cek yang dikatakan beliau milik "optimus prime" itu (Najib) tidak ditendang.

“Pesanan Blackberry Messanger mengesahkan bahawa apabila dana diperlukan untuk berada dalam akaun tertuduh, langkah-langkah akan diambil bagi mendeposit dana sebagaimana yang diperlukan. Najib tidak boleh mendakwa dia tidak tahu dana berkenaan kerana dia sentiasa bersedia untuk mengeluarkan cek-cek tanpa ragu-ragu.

V Sithambaram

“Hujah pembelaan bahawa yang tertuduh sebagai pemegang akaun beranggapan bahawa dana yang dimilikinya mencukupi, adalah sesuatu yang luar biasa.

"Anggapan yang sedemikian hanya boleh dibuat oleh tertuduh sekiranya dia tahu bahawa dana itu dimasukkan ke dalam akaunnya, kecualilah jika tertuduh percaya bahawa wang dalam akaun peribadinya boleh tumbuh di atas pokok,” katanya dalam hujah-hujahnya di penghujung kes pendakwaan.

Sithambaram turut menolak dakwaan yang Najib menyangka RM42 juta adalah derma Arab, kerana beliau telah menggunakan wang itu untuk melangsaikan baki RM2.33 juta yang ‘terlebih keluar’ dalam akaun 906.

"Dakwaannya itu tidak disokong oleh bukti dokumentari. Penyata bank bagi akaun 808 dan akaun 906 akaun mengesahkan bahawa tertuduh tahu bahawa RM42 juta itu bukannya datang dari derma Arab,” katanya.

Beliau berkata demikian dihadapn Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menetapkan hari ini dan esok untuk mendengar hujah-hujah pihak pendakwaan.

Najib, 66, Ahli Parlimen Pekan, berdepan dengan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

- Bernama

Lihat Komen
ADS