Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sabar, kertas putih bukan karangan biasa - Mat Sabu

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meminta pengkritik bersabar dan memberikan masa kepada pembentangan Kertas Putih Pertahanan.

“Sabarlah. Kertas Putih bukan macam karangan biasa,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Anggota Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein membidas kelewatan itu, sedangkan janji untuk membentangkannya telah enam kali dibuat.

Bekas menteri pertahanan juga memberi amaran pengganas tidak akan menunggu kertas itu sebelum mengancam keselamatan negara.

Ditanya pemberita, Mohamad menafikan terdapat penangguhan dibuat.

“Tidak tangguh. Kita tetap akan buat di dalam penggal ini.

“Maklumat kena betullah. Jadi akan buat juga dalam penggal ini,” katanya.

Untuk rekod, Mohamad sebelum ini berkata Kertas Putih Pertahanan akan dibentangkan pada bulan Disember tahun ini.

Lihat Komen
ADS