Tukar agama: Mahkamah benar Lina Joy kemuka rayuan terhadap JPN
Terjemahan Lina Joy, seorang Islam yang memeluk Kristian, hari ini dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keengganan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memotong status agamanya yang tertera pada kad pengenalan barunya.

Status agamanya di MyKad itu menyatakan dia seorang Islam.
Penal tiga orang hakim yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim; Datuk Richard Malanjum dan Datuk Augustine Paul memutuskan terdapat isu-isu baru untuk dihujahkan dalam kes tersebut dan ia juga mempunyai kepentingan awam".
Sebelum ini permohonannya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Joy, yang nama Islamnya Azlina Jailani, memeluk Kristian pada 1998 dan berkahwin dengan seorang individu beragama Kristian.
Pengisytiharan murtad
Bagaimanapun, peruntukan dalam Perkahwinan Sivil melarang perkahwinannya dilangsung atau didaftar di bawah undang-undang sivil.
Selepas mengemukakan beberapa kali permohonannya, JPN membenarkan Joy menukar namanya.
Bagaimanapun, kad pengenalan barunya MyKad menyatakan dia seorang Islam, walaupun dia telah mengisytiharkan dirinya seorang yang beragama Kristian.
JPN menolak permohonannya untuk menukar status agamanya dan meminta Joy mendapatkan perintah daripada Mahkamah Syariah yang menyatakan dia seorang murtad. Berita asal