Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Liu: Niat saya baik dan saya masih sokong Mahathir
Diterbitkan:  Oct 23, 2019 9:06 AM
Dikemaskini: 9:07 AM

Anggota jawatankuasa pusat DAP Ronnie Liu berkata kritikannya terhadap Dr Mahathir Mohamad dalam artikelnya semalam dibuat dengan niat jujur.

Katanya beliau hanya mengingatkan perdana menteri supaya bertindak selari dengan agenda Pakatan Harapan.

“Niat saya baik.

“Saya masih sokong Mahathir (sebagai perdana menteri) dan saya tidak pernah minta Bersatu tinggalkan atau (minta pihak lain) bentuk kerajaan dengan Bersatu,” kata anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek.

Katanya Mahathir sendiri banyak membuat kritikan dan malah mengalu-alukan kritikan padanya.

“Jadi kenapa perkara ini dianggap isu disiplin,” soalnya.

Dalam tulisan di Malaysiakini bertajuk Mahathir: The paper tiger (Mahathir: Harimau kertas) semalam, Lui antaranya berkata DAP, PKR, Amanah, Warisan and Upko masih boleh mempertahankan kerajaan walaupun tanpa Bersatu.

Liu dirujuk ke jawatankuasa disiplin DAP atas dakwaan mensabotaj perpaduan dalam PH.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS