Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setelah 'gangguan' perubahan k'jaan, Exchange 106 akhirnya dibuka

Exchange 106 adalah salah satu daripada beberapa projek mega era Najib yang tidak terjejas meskipun selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Terletak berhampiran kawasan pembangunan 1MDB, Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit itu turut terheret dalam skandal 1MDB.

Kerja pembinaan bangunan itu sedang berjalan ketika PH mengambil alih kerajaan pada 9 Mei tahun lepas.

Tidak seperti beberapa projek lain zaman BN yang dibatalkan, kerajaan PH memutuskan untuk bail out projek itu dengan RM2.8 bilion.

Hari ini, menara pejabat TRX setinggi 492 meter itu telah lengkap dan telah dikeluarkan Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC) untuk bahagian bawah bangunan.

Penyewa pertama dijangka akan menduduki bangunan itu pada Disember tahun ini.

Bercakap semasa pratonton bahagian dalaman Exchange 106 kepada media pagi ini, pengurus projek Roland Suckling menjelaskan bagaimana pasukannya telah mengambil masa yang panjang, termasuk bekerja 22 jam sehari, bagi memastikan pembinaan akan seefisien mungkin.

 

Suckling menyatakan rasa gembira kerana menara tertinggi baru di Malaysia itu akhirnya dapat disewakan.

"(Walaupun) perkara malang yang berlaku dengan 1MDB, ia tidak memberi kesan sangat kepada kami.

"Ada kalanya aliran tunai agak ketat dan wang tidak masuk, dan kami terpaksa membiayai sendiri," katanya.

Exchange 106 dibina dan diuruskan oleh pemaju Indonesia Mulia Group (Mulia).

Suckling mendedahkan bahawa gangguan yang paling ketara kepada projek itu adalah perubahan kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Saya fikir gangguan terbesar ialah apabila perubahan kerajaan, itu adalah satu kejutan kepada semua orang.

"Ia menyebabkan banyak gangguan kepada semua bahagian ekonomi dan industri anda. Itu agak menakutkan untuk kita kerana semuanya berubah [...] orang baru masuk dan mereka tidak faham apa yang sedang berlaku.

"Kami memerlukan masa untuk untuk mempercepatkan kerja," katanya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengatakan bahawa PH telah bersetuju untuk meneruskan projek Exchange 106 dan keseluruhan TRX selepas mengkaji, "detoksifikasi" dan mengubahnya menjadi pembangunan yang berdaya maju.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS