Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dadah bernilai RM9.54j dilupus di Pulau Pinang
Diterbitkan:  Oct 24, 2019 4:10 PM
Dikemaskini: 8:10 AM

Pelbagai jenis dadah bernilai RM9.54 juta yang dirampas daripada lima kes di Pulau Pinang tahun lepas, dilupuskan hari ini selepas mendapat perintah daripada mahkamah.

Pemangku Ketua Penolong Pengarah Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ACP Dalbir Singh Tanah Singh berkata lima kes itu membabitkan dadah seberat 217,829 kilogram (kg) itu telah selesai dibicarakan di mahkamah.

"Pelupusan hari ini membabitkan dadah jenis methamphetamine seberat 185,851 kg, kanabis 27,917 kg serta heroin dan monoacetylmorphines sebanyak 14,061 kg," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di stor berpusat Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua JSJN Pulau Pinang ACP Maidu Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor.

Dalbir Singh berkata semua dadah itu diserahkan kepada Syarikat Kualiti Alam Sdn Bhd untuk pelupusan menggunakan kemudahan terbaru, iaitu loji penunuan yang menghasilkan tenaga baru, teratur dan tidak menyebabkan berlaku pencemaran udara, selaras dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Dalbir Singh berkata hasil operasi berterusan JSJN Pulau Pinang juga berjaya merampas pelbagai jenis dadah melibatkan nilai RM341 juta sejak Januari hingga 22 Oktober lepas.

Katanya selain itu, sepanjang tempoh sama JSJN Pulau Pinang turut membongkar lima buah makmal dadah haram, yang memproses pelbagai jenis dadah.

"Antara dadah yang dirampas ialah 60 tan kokain, ganja (123,947 kg), syabu (40,330.9 kg), serbuk MDMA (22,589 kg), ketamin (2,917.24 kg) ‘heroin base’ (3,476 kg), pil ekstasi (29,596 biji), pil eramin 5 (19,596 biji) dan pil kuda sebanyak 5,565 biji," katanya.

- Bernama 

Lihat Komen
ADS