Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zainah Anwar terima anugerah PBB
Diterbitkan:  Oct 24, 2019 4:44 PM
Dikemaskini: 8:44 AM

Pengasas bersama Sister in Islam (SIS) Zainah Anwar hari ini menerima anugerah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk sumbangannya dalam hak asasi manusia.

Menurut PBB, ia sebagai pengiktirafan terhadap perjuangan Zainah dalam kesaksamaan gender dan memberdaya wanita.

Anugerah PBB itu untuk menghargai individu dan organisasi yang menunjukkan prinsip Agenda Pembangunan Mapan 2030 pertubuhan itu.

Zainah antara lain diiktiraf atas kerjanya mempromosikan hak wanita Islam serta peranannya dalam menubuhkan SIS dan Musawah.

Musawah merupakan gerakan global yang membawa isu keadilan dan kesaksamaan dalam keluarga Islam.

Anugerah itu dua bulan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonan SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkannya sebagai sesat.

Pengasas NGO hak kanak-kanak Dignity for Children, Elisha Strider dan Patricia Shee juga antara penerima anugerah PBB itu untuk tahun ini.

Mereka diiktiraf atas kerja mereka dalam memberikan pendidikan kepada kanak-kanak yang terpinggir.

Pendidik dan pakar pemuliharaan alam sekitar Zakri Abdul Hamid turut menerima anugerah atas sumbangannya dalam pelestarian alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti.

Beliau pernah menjadi penasihat sains kepada perdana menteri ketika pentadbiran Najib Razak, serta sebahagian daripada Majlis Penasihat Saintifik Setiausaha Agung PBB.

Lihat Komen
ADS