Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib-Shafee mohon gugur Sri Ram sebagai DPP: Pengurusan kes 28 Nov

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 28 November depan bagi pengurusan kes berikutnya untuk membolehkan pihak terlibat memfailkan afidavit lanjutan dalam cabaran undang-undang oleh bekas perdana menteri Najib Razak dan peguamnya Muhammad Shafee Abdullah untuk mengenepikan Gopal Sri Ram daripada mendakwa kes-kes jenayah kedua individu itu.

Ini disahkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili bekas hakim mahkamah persekutuan Sri Ram, semasa pengurusan kes di kamar Hakim Mariana Yahya hari ini.

"(Mahkamah) menetapkan 28 Nov untuk pengurusan kes seterusnya membenarkan pihak-pihak memasukkan afidavit bagi kedua-dua kes itu (Najib dan permohonan semakan kehakiman Shafee yang berasingan untuk membatalkan keputusan Sri Ram sebagai DPP utama dalam kes kedua)," kata Shamsul menjelaskan hal ini untuk membenarkan pihak-pihak membalas afidavit masing-masing jika perlu.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas prosiding.

Peguam Sarah Malini Abishegam, yang mewakili Najib dan Shafee, mengesahkan urusan dalam kamar hakim hari ini.

Abishegam berkata mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes baru supaya membolehkan pihak terlibat bersedia untuk pendengaran kes itu dengan saling bertukar dan membalas afidavit masing-masing.

Najib, Shafee dan Sri Ram tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Sebelum ini dilaporkan bahawa mahkamah menetapkan hari ini untuk mendengar perkara itu.

Cabaran undang-undang oleh Najib dan Shafee ini untuk mengenepikan Sri Ram daripada mendakwa kes-kes mereka adalah di bidang kuasa mahkamah sivil, yang berbeza dari percubaan mereka sebelum ini di peringkat bidang kuasa mahkamah jenayah untuk menggugurkan Sri Ram sebagai DPP.

Pada 7 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan kedua-dua Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak cabaran undang-undang Najib di peringkat bidang kuasa jenayah untuk mengenepikan Sri Ram sebagai DPP.

Walau bagaimanapun, pada 26 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan berasingan di peringkat bidang kuasa mahkamah sivil oleh Najib dan Shafee yang diberi kebenaran untuk meneruskan permohonan semakan kehakiman mereka untuk mencabar kesahihan pelantikan Sri Ram sebagai DPP.

Pada 15 Okt, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan memerintahkan cabaran undang-undang Najib dan mahkamah Shafee didengar di mahkamah tinggi.

Sri Ram antara lainnya kini mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan kes Najib melibatkan penyelewengan dana 1MDB RM2.28 bilion dan kes RM2.5 juta pengubahan wang haram Shafee.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS