Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dera amah sampai buta: Reman suami isteri sambung 2 hari lagi
Diterbitkan:  Oct 25, 2019 2:56 PM
Dikemaskini: 6:57 AM

Tempoh reman pasangan suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes mendera pembantu rumah warga Indonesia sehingga buta disambung dua hari lagi, bermula esok.

Perintah sambung reman terhadap kedua-dua suspek berumur 35 dan 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Puteri Nordina Kamalaudin, di Ipoh, hari ini setelah tempoh reman lima hari bermula Isnin lepas tamat hari ini.

Rabu lepas, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz dilapor berkata pasangan itu ditahan hasil pemerhatian dan maklumat orang awam mengenai mangsa yang didera serta tidak dibayar gaji sebagai pembantu rumah.

Katanya suspek lelaki ditahan Ahad lepas, semasa membawa mangsa keluar di Jalan Iskandar di Ipoh manakala isterinya ditahan di kediaman mereka di Hala Kledang Emas, Taman Kledang Emas di Ipoh sekitar pukul 6 petang, hari yang sama.

Pasangan itu dipercayai mendera pembantu rumah berusia 20-an yang sudah lama bekerja dengan mereka sehingga buta selain sering ditumbuk.

- Bernama

Lihat Komen
ADS