Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images

Gerakan meletakkan timbalan setiausaha agungnya Wendy Subramaniam untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Dengan penyertaan bekas anggota komponen BN itu, sekurang-kurangnya akan berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan parlimen itu.

Pakatan Harapan meletakkan pengerusi Bersatu bahagian itu Karmaine Sardini manakala BN akan diwakili sama ada Umno atau MCA.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada Bersatu akibat serangan jantung pada 21 Sept lalu.

Pengumuman Wendy, hari ini dibuat oleh Presiden Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya melihat PRK ini sebagai peluang kepada saya… untuk membuktikan bahawa wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat yang baik,” kata Wendy, anak kelahiran Johor berusia 38 tahun.

Dalam pada itu, Lau berkata parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRK berkenaan dan penyertaannya adalah bagi memberi pilihan alternatif kepada rakyat.

PRK Tanjung Piai dijadual berlangsung 16 November ini manakala penamaan calon ditetapkan pada 2 Nov.

Lihat Komen
ADS