Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Yang semalam itu strategi, kata Ahmad Maslan
Diterbitkan:  Oct 29, 2019 1:37 PM
Dikemaskini: 5:40 AM

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan berkata tindakan BN tidak mengumumkan calon pada majlis pelancaran jenteranya di Pontian semalam adalah sebahagian daripada strategi.

“Umum calon ini bila-bila masa pun boleh asalkan sebelum hari penamaan. Jadi tarikh itu terpulang kepada strategi BN untuk umum.

“Semalam kalau kita lihat di latar belakang yang disediakan di majlis itu adalah pelancaran jentera PRK Tanjung Piai. 

"Tidak ada sebut pun umum nama calon. Jadi itu strategi kami,” katanya.

Media semalam difahamankan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi akan membuat pengumuman calon parti itu untuk PRK Tanjung Piai.

Bagaimanapun, pada majlis di Pontian itu Ahmad Zahid hanya melancarkan jentera PRK sahaja.

Ia dibuat selepas PH menerusi Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan calon mereka bagi mempertahankan kerusi itu.

PH mengetengahkan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini sebagai calon mereka.

Untuk rekod, BN akan mengumumkan calon mereka esok menerusi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, Hasni Mohammad.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan kematian penyandangnya Mohd Farid Mohd Rafik akibat serangan jantung bulan lalu.

Sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru akan berlaku di kawasan itu antara PH, BN dan bekas komponennya Gerakan.

Yakin undi Cina

Sementara itu, Ahmad juga berkata beliau yakin pengundi Cina akan memberikan sokongan kepada BN pada hari pengundian 16 November ini.

“Pada saya sokongan masyarakat Cina bertambah kepada BN ketika ini sebab peniaga mendakwa perniagaan mereka merosot dalam era pentadbiran PH,” katanya di lobi parlimen, hari ini.

Tanjung Piai mempunyai bilangan pengundi Cina yang tinggi melebihi 40 peratus.

 

Lihat Komen
ADS