Malaysiakini
BERITA

Projek RTS diteruskan dengan kos RM3.16 bilion - Mahathir

Diterbitkan
Dikemaskini 31 Okt 2019, 9:53 pagi

Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaru RM3.16 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kos terbaru itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

"Kita akan teruskan dengan projek itu dan selesaikan sedikit isu kesesakan lalu lintas.

"Butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura," kata Dr Mahathir pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Pada 18 Okt, Kementerian Pengangkutan Malaysia mendapat kelulusan kabinet untuk meneruskan projek Laluan RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

Turut hadir sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew; Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.