Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis digesa segera selesaikan siasatan kematian warga Nigeria
Diterbitkan:  Nov 4, 2019 4:58 PM
Dikemaskini: 9:12 AM

Peguam kepada keluarga mendiang warga Nigeria Thomas Orhions Ewansiha menggesa pihak polis segera menyelesaikan kertas siasatan secepat mungkin supaya prosiding inkues dijalankan.

Dalam kenyataan hari ini, peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal berkata, sudah empat bulan sejak kematian mendiang dan mahkamah koroner tidak dapat menyiasat kematian sehingga menerima kertas siasatan.

"Ketika ditanya, bahagian pendakwa Jabatan Peguam Negara mengesahkan bahawa kertas siasatan masih belum selesai kerana penyiasatan masih dijalankan seperti yang dinyatakan dalam surat bertarikh 25 Okt kepada firma kami.

"Sungguh mengejutkan bahawa siasatan belum selesai walaupun pada hakikatnya hampir empat bulan telah berlalu sejak kematian Thomas," kata kedua-dua peguam itu.

Thomas, 34, ditahan oleh anggota Jabatan Imigresen di sebuah apartmen di Kepong, Kuala Lumpur pada 4 Julai walaupun mempunyai dokumen yang sah untuk menetap di Malaysia.

Jabatan Imigresen mendakwa bahawa dia ditemui mati pada 9 Julai selepas mengalami sawan ketika tidur.

Lihat Komen
ADS