Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hari 30: Sebahagian pelaburan 1MDB 'sangkut' dalam bentuk unit dana

LANGSUNG | Perbicaraan Najib Razak yang berdepan 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM2.28 bilion memasuki hari ke-30 hari ini.

Bekas presiden Umno dan perdana menteri keenam Malaysia itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di depan hakim Collin Lawrence Sequerah.

Najib diwakili pasukan peguam bela diketuai Muhammad Shafee Abdullah, manakala pasukan pendakwaan dipimpin bekas hakim Mahkamah Persekutuan, Gopal Sri Ram.

Hari ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, akan menyambung keterangan dalam sesi soal balas peguam bela tertuduh.

LANGSUNG


5.00 petang - Terima kasih kerana mengikuti laporan langsung kami hari ini. Laporan oleh Hariz Mohd dan Hidir Reduan Abdul Rashid. Gambar oleh Azneal Ishak. Kemas kini media sosial oleh Ewe Linq Yenn.

Sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini versi bahasa Inggeris serendah RM0.55 sehari. Butiran di sini.


4.48 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah membenarkan prosiding untuk ditangguhkan awal hari ini kerana peguam bela utama Muhammad Shafee Abdullah harus menghadiri program Kuliah Azlan Shah petang ini.

Perbicaraan akan disambung semula pada pukul 9.30 pagi esok.


3.10 petang: Menurut saksi, pelaburan 1MDB ke dalam syarikat dana asing hanya membawa pulangan beberapa ratus juta ringgit daripada AS$2.2 bilion yang dihutang Petrosaudi.

"Sebahagian daripadanya dipulangkan dalam beberapa ratus juta yang rendah. Sebahagian besar lain tersangkut dalam unit dana. Pada masa itu, saya sudah pun meninggalkan pengurusan 1MDB," kata Shahrol.


2.42 petang: Perbicaraan untuk sesi petang bersambung.


12.40 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat untuk makan tengah hari.


12.15 tengah hari: Bank Negara tidak dimaklumkan mengenai 'lencongan' dana sebanyak AS$700 juta kepada syarikat dikaitkan dengan Jho Low, Good Star Ltd ketika pegawai bank pusat itu bertemu dengan wakil 1MDB pertengahan 2010.

Saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberi pengakuan itu semasa menjawab soalan balasa peguam bela Najib, Muhammad Shafee Abdullah.

Sebelum ini dilaporkan dana sebanyak AS$700 juta daripada AS$1 bilion untuk syarikat usahasama 1MDB-Petrosaudi (PSI) - pada 2009 - disalurkan ke Good Star.

Shafee: Mengapa Bank Negara tak dimaklumkan mengenai AS$700 juta itu?

Shahrol: Kami (1MDB) masih menganggap ia (wang tersebut) dikeluarkan untuk PSI.

Bekas CEO 1MDB itu juga mengakui dia menyangka - ketika itu - Good Star adalah sebahagian daripada PSI.


11.24 pagi: Perbicaraan bersambung semula.


11 pagi: Perbicaraan berhenti rehat seketika.


10.56 pagi: Ketua pembelaan Najib menyamakan Shahrol Azral sebagai sebahagian daripada konspirasi untuk meletakkan tertuduh dalam keadaan terjejas (compromised).

Shafee: Kamu macam peribahasa Melayu, cuba menegak benang basah. Memang jelas peranan kamu dalam konspirasi untuk meletakkan perdana menteri dalam posisi compromised.

Shahrol: Saya tak setuju.

Terdahulu semasa menyoal balas saksi berkenaan Shafee mencadangkan minit mesyuarat membabitkan Shahrol dan Najib pada 21 Jul 2010 disediakan lebih awal oleh CEO SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.


10.38 pagi: Saksi, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, memberitahu Lembaga Pengarah 1MDB mendapatkan nasihat Najib - selaku pengerusi - sebelum melaburkan dananya dalam Projek Suez.


9.53 pagi: Shahrol bersetuju dengan cadangan Shafee bahawa usahasama 1MDB dengan Petrosaudi adalah satu kegagalan.

Saksi kesembilan pendakwaan itu memberitahu mahkamah selepas ditanya sama ada usaha sama 40:60 itu berjaya atau tidak.


9. 30 pagi: Najib memasuki mahkamah dan mengambil tempat.

Turut kelihatan bersedia memulakan prosiding ialah pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Lihat Komen
ADS