Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Wakil rakyat bawa cadangan tanam ganja pada sidang DUN S'gor

DUN SELANGOR | Kerajaan Negeri Selangor diminta mempertimbangkan cadangan penanaman ganja bagi tujuan perubatan di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, ia kerana ganja mempunyai manfaat yang besar dalam bidang perubatan pada masa kini.

"Saya mohon kerajaan Negeri dengar dahulu cadangan saya, jika perlukan pembentangan berhubung cadangan ini, saya akan bentangkan secara terperinci kepada Dewan.

"Cuma saya minta jangan tolak cadangan ini mentah-mentah, dengar dahulu (cadangan) kemudian barulah pertimbangkan," katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Selangor 2020, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.

Mohd Shaid berkata demikian berikutan cadangannya itu sebelum ini ditolak untuk dibahaskan di DUN Selangor pada sesi lepas.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri Selangor perlu melihat cadangan itu dari sudut positif kerana ia dilihat akan memberi kebaikan kepada industri pertanian di negeri ini.

"Saya pernah cadangkan penanaman ganja di Selangor dan saya tetap dengan pendirian saya kerana kerajaan Australia juga akan membenarkan cadangan ini di negara mereka menjelang 2020.

"Menerusi cadangan ini kita boleh membuat kajian hasil tanaman ganja untuk perubatan kita sendiri dan hasilnya itu juga nanti boleh dieksport ke luar (negara)," katanya.

Sidang DUN bersambung esok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS