Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mat Hasan: Semua macam 'beruk', jadi tak perlu mengata orang lain

Insiden melibatkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub menyampaikan ucapan bernada politik di sebuah sekolah menunjukkan Pakatan Harapan (PH) tidaklah lebih baik daripada BN, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau merujuk program yang dihadiri Salahuddin semalam di SRJK (C) Pei Chio in Kukup Laut, Tanjung Piai untuk memberi sumbangan berjumlah RM5,000.

Dalam sebuah video yang disebarkan, Salahudin yang juga timbalan presiden Amanah ketika berucap dalam pertemuan di sekolah itu memberi amaran bahawa negara akan menjadi huru-hara jika Umno dan PAS menjadi kerajaan.

Mohamad berkata tindakan Salahuddin dahulu pernah menjadi isu yang digunakan PH untuk menyerang BN pada masa lalu.

"Dulu BN dikecam sebab buat pertemuan dengan guru-guru, sekarann PH macam jilat ludah sendiri.

"Semua umpama beruk. Maaf cakap, semua beruk saja.

"Sama sahaja jadi tak perlulah mengata orang (lain) kan," katanya kepada pemberita di Kampung Penerok semalam.

Katanya lagi, PH kelihatan lebih teruk daripada BN.

Semalam Pemuda Umno Tanjung Piai membuat laporan polis terhadap salahuddin berhubung kenyataannya bahawa huru-hara akan berlaku jika BN dan PAS menjadi kerajaan.

Mereka mendakwa kenyataan seumpama itu bersifat perkauman dan mengancam kestabilan negara.

Ketika ditemui di Parlimen semalam, Salahuddin berkata beliau hanya menyampaikan sumbangan yang dijanjikan sebelum PRK, dan kenyataannya hanya peringatan buat PAS dan Umno untuk berhenti memainkan sentimen perkauman.

Dalam pada itu, Mohamad juga menyampaikan pesanan sama - agar PH tidak memainkan isu perkauman.

Hari mengundi PRK Tanjung Piai adalah pada 16 November.

Lihat Komen
ADS