Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K’jaan berusaha keras untuk bawa pulang Jho Low - Mahathir

Kerajaan sedang berusaha keras untuk membawa pulang ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low untuk menghadapi tindakan undang-undang berhubung peranannya dalam skandal rasuah 1MDB, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, menurut beliau, maklumat mengenai ahli perniagaan itu tidak mudah diperolehi dan Malaysia tidak berhasrat untuk berperang semata-mata kerana Jho Low.

"Kita boleh pergi berperang tetapi kita akan kalah dan kita akan hilang Jho Low.

"Kita sedar kita bukan negara yang kuat sangat. Ada kalanya orang baik dengan kita, ada kalanya tidak, kita terpaksa terima," kata Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri konvokesyen ke-15 Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Kuala Lumpur hari ini.

Di sebalik pelbagai halangan, perdana menteri berkata bahawa Malaysia masih berusaha memburu Low.

"Saya dimaklumkan bahawa dia mungkin memegang beberapa pasport dan (mungkin) membuat perubahan kepada mukanya. (Tetapi) semua perkara ini adalah khabar angin.

“Kita tidak mempunyai bukti tetapi ia boleh berlaku. Ini membuatkan kita sukar menjejaki dia,” katanya

Semalam, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata polis percaya bahawa Low masih bersembunyi di sebuah 'negara terpencil' tetapi enggan mendedahkan lokasi terkini itu.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa dengan kurangnya bantuan dari negara tertentu kepada pihak berkuasa Malaysia.

Menjawab soalan wartawan, Dr Mahathir berkata Abdul Hamid akan memaklumkan kepadanya tentang perkembangan pencarian Jho Low dari semasa ke semasa.

“Beliau tidak memberitahu saya di mana dia (Jho Low) dijumpai, jadi saya tidak tahu. Tetapi tidaklah setiap kali beliau tahu di mana Jho Low berada beliau akan menelefon saya.. bukan begitu.

"Sekali- sekala beliau akan melaporkan kepada saya,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS