Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dakwaan ucapan perkauman: Salahuddin akan beri kerjasama pada polis

PRK TG PIAI | Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan polis berhubung siasatan terhadap ucapannya di Tanjung Piai yang didakwa berunsur perkauman.

"Saya belum terima apa-apa setakat ini. Ia bergantung kepada polis.

"Saya akan tunggu dan lihat sama ada mereka perlukan keterangan daripada saya, tiada masalah dengan itu," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Salahuddin sekali lagi berkata beliau tidak merasakan ucapan itu mempunyai apa-apa unsur perkauman.

Semalam, polis berkata pihaknya mungkin memanggil Salahuddin untuk mengambil keterangan berhubung rakaman ucapannya yang tular.

Ia selepas Wanita BM membuat laporan polis berkenaan perkara itu.

Ucapan itu dibuat dalam satu pertemuan tertutup di SRJK (C) Pei Chio in Kukup Laut, Tanjung Piai, yang antara lain memberi amaran bahawa negara akan menjadi huru-hara jika Umno dan PAS menjadi kerajaan.

Lihat Komen
ADS