Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Komuniti Tamil di London demo bantah tangkap suspek LTTE

Akibat tidak puas hati dengan tindakan polis Malaysia yang menangkap 12 individu yang disabitkan berkait dengan kumpulan militan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)

Komuniti Tamil pelbagai negara mengadakan satu demonstrasi di Kedutaan Malaysia di London, semalam, bagi membantah penangkapan 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan bersenjata Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Mereka menyalakan lilin bagi mendesak pembebasan individu ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) itu.

Mereka turut membawa plakad yang mendakwa tangkapan oleh polis Malaysia tidak berasas dan bertentangan dengan undang-undang.

"Tindakan kerajaan Malaysia masih mengiktiraf bahawa LTTE ancaman kepada Malaysia adalah tidak benar.

"Kerajaan Sri Lanka sendiri mengakui bahawa LTTE tidak aktif sejak 2009. Maka, tindakan pihak polis Malaysia sangat melucukan," kata seorang pesertanya Prasanth Baskaran kepada Malaysiakini.

Prasant berkata mereka bukan sahaja menentang penangkapan terhadap individu ditahan sahaja tetapi semua pelanggaran hak asasi manusia, termasuk yang melibatkan penganut agama Islam.

"Malah, kami menentang keras segala tindakan melanggar hak asasi manusia di seluruh dunia termasuk terhadap masyarakat Muslim," tambahnya.

Wakil rakyat DAP, termasuk yang berstatus exco negeri, antara pihak yang ditahan.

 

Lihat Komen
ADS