'Ratu Parlimen terus menghilang diri dari Parlimen...
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz terus "menghilangkan" diri dari Parlimen walaupun "tabiat"nya itu pernah ditegur sebelum ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz terus "menghilangkan" diri dari Parlimen walaupun "tabiat"nya itu pernah ditegur sebelum ini.
Beliau yang diberi jolokan "ratu Parlimen" hanya hadir dua hari sejak parlimen bersidang mulai 13 Mac lalu.
"Kehilangan" Rafidah dari Parlimen menimbulkan kritikan keras dari Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang hingga beliau meminta menteri itu disingkirkan dri kabinet.
"Rafidah hanya hadir pada hari pembukaan rasmi sidang Dewan oleh Yang Dipertuan Agong dan hari pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan oleh Perdana Menteri."
"Mungkin salah satu sebab mengapa beliau hadir ialah kerana acara-acara tersebut disiarkan secara langsung oleh televisyen yang memungkinkan ketidakhadirannya diketahui umum," kata Kit Siang.
Bagaimanapun menurut Lim, sepanjang 21 hari lalu, beliau langsung tidak menghadirkan diri untuk menjawab soalan-soalan ahli Parlimen.
" Adakah Rafidah akan terus mengelak dari tugasnya di parlimen sepanjang sesi persidangan yang masih ada 15 hari lagi?" tanya beliau.
Kali terakhir Rafidah berucap di Parlimen ialah pada 4 Oktober tahun lalu setelah diarahkan oleh kabinet untuk menjawab soalan ahli-ahli Parlimen berhubung kontroversi permit import (AP) kereta.
Menurut Lim semua menteri telah diarahkan oleh Perdana Menteri supaya menjawab sendiri semua soalan berkaitan kementerian mereka di Dewan Rakyat.
" Tetapi Rafidah nampaknya dikecualikan dari arahan itu'" ujar Lim.
Sehubungan itu Ketua Pembangkang menggesa Perdana Menteri menyampaikan amaran kepada Rafidah dalam mesyuarat kabinet esok, memintanya melepaskan jawatan menteri jika beliau menganggap tugas-tugas di Parlimen tidak penting.
Lim juga mencadangkan Abdullah melantik Rafidah sebagai wakil khas Malaysia ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) atau Perjanjian Perdagangan Bebas Dunia (FTA) jika beliau terlalu mengkagumi kebolehan dan kemahiran Rafidah dalam perdangangan antarabangsa.

