Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar: Perbahasan di Putrajaya tak sentiasa mencerminkan realiti rakyat

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata perbahasan yang diadakan kerajaan mengenai isu-isu petani dan nelayan tidak mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi golongan berkenaan.

Jelas Anwar, beliau memahami perkara itu selepas kunjungannya ke kampung-kampung di beberapa negeri sejak beberapa bulan lalu

"Kita tidak boleh berfikir bahawa kita tahu segala-galanya. Kita mesti turun padang untuk memahami masalah petani.

"(Contohnya) Dua bulan yang lalu, saya pergi ke sebuah kampung di Kedah, masalah yang mereka hadapi tidak sama seperti yang dibincangkan di Putrajaya," katanya ketika berucap pada majlis bersama petani di Selayang hari ini.

Ahli Parlimen Port Dicksonitu berkata ada tanggapan yang salah yang melihat para petani sebagai malas dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan.

Kata Anwar, tanggapan seperti itu perlu dibetulkan.

"Ada orang yang menuduh penoreh getah hanya bekerja selama beberapa jam pada waktu pagi, tetapi tidak melakukan apa-apa untuk sepanjang hari.

"Saya katakan, mengapa tidak memberikan mereka sebidang tanah supaya mereka boleh menanam sayuran.

"Kita juga harus menawarkan alternatif untuk para nelayan yang tidak boleh memancing semasa musim tengkujuh," katanya.

Beliau menegaskan kepentingan persatuan seperti Persatuan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) yang dapat menyampaikan mesej akar umbi kepada kerajaan.

Lihat Komen
ADS