Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hanyut dibawa arus di Pantai Kelambu, Kudat, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, dalam satu kenyataan berkata, mangsa Abdul Salih Hamza, 47, ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi mangsa cuba menyelamatkan rakannya.

Katanya, bagaimanapun lelaki yang hanyut itu berjaya diselamatkan.

"Kita menerima panggilan kecemasan jam 5.29 petang dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 36 kilometer daripada balai bomba Kudat," menurut jabatan itu.

Jabatan itu berkata mangsa telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kudat dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.   

- Bernama

Lihat Komen
ADS