Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pegebom bunuh diri serang ibu pejabat polis Medan
Diterbitkan:  Nov 13, 2019 1:05 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

GLOBAL l Enam termasuk lima anggota polis dan seorang awam cedera dalam kejadian letupan bom bunuh diri di kawasan ibu pejabat polis Medan, Sumatera Utara.

Pelaku atau pengebom bunuh diri itu meninggal dunia selepas meletupkan dirinya dalam kejadian 8.45 pagi waktu Indonesia Barat.

"Pelaku dinyatakan meninggal dunia dengan tubuh hancur akibat bom bunuh diri, saat ini (polis) sedang laksanakan pengamanan (kawalan keselamatan) dan penyelidikan (siasatan)," menurut kenyataan polis Medan.

Pelaku dilaporkan memakai jaket perkhidmatan pengangkutan dalam talian, bersama ramai lagi orang awam yang lain, memasuki ibu pejabat polis itu seolah-olah mahu melakukan urusan di ibu pejabat polis berkenaan.

Mereka yang cedera telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau menjadi mangsa dalam kejadian itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS