Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Risalah 'Vote Muslim First' diedar di ceramah PH, Syed Saddiq kata sabotaj

PRK TG PIAI | Risalah mempromosikan calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang menggunakan kempen 'Buy Muslim First' diedarkan di ceramah utamanya malam ini.

Risalah itu diletakkan di kira-kira 1,000 kerusi dalam program tersebut yang diadakan di Kukup Laut.

Ia memaparkan logo halal di bahagian belakang, dengan kata-kata 'Kempen Beli Produk Islam'.

"Kita beli asalkan orang tu Melayu Islam.

"Bila undi, sepatutnya bila ada calon Islam dan bukan Islam kita pilih yang Islam, tak kira dari parti mana.

"Bila ada dua atau lebih calon Islam, kita pilih yang lebih besar. Jadi kita pilih Bersatu. Ini baru ikut prinsip.

"Vote Muslim first!" kata risalah itu.

Dalam respon segeranya, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa pengedaran risalah itu adalah satu tindakan sabotaj.

"Ini bukan pendirian PH! Saya sudah semak dengan penanjur dan tiada siapa tahu. Kami syak ini sabotaj.

"Pendirian kami ialah undi calon yang boleh bawa pembangunan kepada Tanjung Piai, yang melawan korupsi. Kaum dan agama tidak patut jadi isu," katanya kepada media menerusi WhatsApp.

Risalah itu juga memaparkan latar belakang dan maklumat tentang Karmaine, serta senarai sumbangan bekas anggota parlimen Tanjung Piai Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.

Sebelum ini PH menentang kempen 'Buy Muslim First', atau BMF, yang turut disifatkan sesetengah pihak sebagai boikot kepada perniagaan orang bukan Islam.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang mengecam kempen itu, bakal berucap di program itu.

Program diadakan di sempadan pusat daerah mengundi (PDM) Permas Kechil, Bandar Permas Kechil dan Sungai Durian.

Sejumlah 80 peratus pengundi di PDM Sungai Durian ialah Melayu, manakala 67 peratus di dua PDM yang lain ialah Cina.

Pengundi di Tanjung Piai akan membuang undi Sabtu ini.

 

Lihat Komen
ADS