Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin PAS cadang Anwar menteri kewangan, ganti Guan Eng
Diterbitkan:  Nov 21, 2019 1:53 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Seorang pemimpin kanan PAS mencadangkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dilantik sebagai menteri kewangan menggantikan Lim Guan Eng.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan perkara itu dengan mengambil kira pengalaman Anwar yang menjadi menteri kewangan ketika Mahathir pertama kali sebelum ini.

“Selain daripada itu, Datuk Seri Anwar juga mempunyai rangkaian hubungan luar yang baik sama ada dengan Barat atau negeri-negara dunia Islam,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kesediaan Mahathir mempertimbangkan rombakan kabinet susulan kekalahan teruk Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Tanjung Piai, Sabtu lalu.

Zuhdi juga melihat pemimpin Bersatu Kelantan Mustapa Mohamed sebagai calon yang baik.

Mustapa Mohamed

Bagaimanapun, katanya, Muspafa pasti sukar diterima parti-parti komponen PH memadnangkan beliau baru saja melompat masuk Pakatan Harapan, daripada Umno.

Tuan Ibrahim juga mahu Lim digugurkan

Sementara itu, di parlimen, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata Lim patut digugurkan daripada kabinet Mahathir.

“Menteri paling penting sekali menteri kewanganlah.

“Saya ingat hari ini orang buat survey poll online dalam masa sejam pun berapa ribu orang sokong menteri kewangan ditukar,” katanya.

Beliau antaranya tidak berpuas hati dengan peruntukan untuk hal halal yang menurutnya lebih kecil dari pembangunan Pulau Pinang.

Anwar dan Lim

Lihat Komen
ADS