Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP PH muak dengan kajian demi kajian mansuh akta hasutan

PARLIMEN | Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ram Karpal Singh menegaskan bahawa rakyat Malaysia muak dengan kenyataan Kerajaan Pakatan Harapan bahawa masih mengkaji dalam usaha mansuhkan Akta Hasutan 1948 seperti dijanjikan dalam manifesto.

"Kami nak jawapan terperinci kementerian (Kementerian Dalam Negeri) sebaliknya kenyataan umum bahawa akta ini perlu masa kita kaji.

"Kita dah dengar alasan (KDN kata masih kaji), Kami semua muak dengan kenyataan kita akan dikaji," kata Ram di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, walaupun KDN memberitahu terdapat 11 undang-undang perlu dikaji semula sebelum mansuhkan Akta Hasutan, katanya hanya satu undang-undang, iaitu undang-undang berkenaan dengan Pelindungan Raja-Raja.

"Itu boleh diselesaikan dengan senang dengan memasukkan pindahan dalam Kanun Tatacara Jenayah, jadi apa yang melambatkan prosedur ini?" soalnya.

"Adakah K'jaan PH akan menunaikan janji, dalam mansuhkan Akta Hastan dan meminda kanun tatacara jenayah untuk memberi pelindungan kepada raja-raja, itu sahaja halangan yang ada dalam pemansuhan Akta Hasutan, Adakah kamu (kerajaan) komited atau tidak, tolong jawab," tambahnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri KDN Mohd Azis Jamman di Dewan Rakyat berkata pemansuhan Akta Hasutan tidak boleh dilakukan secara terburu-buru.

Beliau berkata sebaliknya Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu mengambil kira implikasi pindaan berbangkit kepada perundangan lain sekiranya pemansuhan akta ini berlaku.

Mohd Azis menjelaskan terdapat peruntukan di bawah akta itu yang bersangkutan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan serta perundangan dan akta lain.

“Komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah kita akan memansuhkan akta ini, bagaimanapun kita kena pastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya akta ini dimansuhkan.

"Kita tidak mahu apabila akta ini dimansuhkan kita tercari-cari (solusi lain) dan ini akan menimbulkan masalah," katanya sebagai menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang bertanya tentang tempoh masa bagi pemansuhan akta berkenaan ketika sesi jawab lisan.

“Jawatankuasa khas sedang giat bersidang termasuk dalam soal memastikan akta hasutan ini selaras dengan janji manifesto kita untuk mansuhkan, tetapi saya tidak dapat beri tempoh masa yang khusus tentang bila akta ini akan dimansuhkan,” katanya.

Lihat Komen
ADS