Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Saya tak usulkan bincang peralihan kuasa, ada orang menyamar’
Diterbitkan:  Nov 22, 2019 1:06 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

dikemaskini Anggota parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menafikan beliau mengusulkan parlimen membincangkan isu peralihan kuasa dari Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Saya menafikan telah menghantar apa-apa pemberitahuan atau surat kepada pejabat setiausaha Dewan Rakyat bagi membawakan usul seperti dalam gambar yang telah disebarkan.

“Tindakan pihak yang telah menyamar dengan menggunakan nama saya adalah sangat tidak bertanggungjawab dan suatu fitnah yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai ahli parlimen yang mewakili kawasan Rembau dan parti BN,” katanya.

Penafian itu disiarkan di media sosial hari ini.

Khairy menjelaskan beliau agak lewat membuat penafian itu kerana sedang berada di luar negara.

Surat yang menggunakan namanya itu beredar di media sosial.

Ia bertarikh 20 20 November dan dialamatkan kepada setiausaha parlimen Roosme Hamzah.

Star Online sebelum ini mengesahkan kesahihan surat itu manakala speaker pula dilaporkan meminta menyemak perkara itu dengan Khairy sendiri.

Sementara itu, Khairy juga berkata surat itu palsu.

"Ini surat palsu yang dihantar ke parlimen yang parlimen terima tanpa periksa dengan saya," katanya.

Katanya, kepala surat yang digunakan juga berbeza kerana sejak 2008 beliau tidak pernah meletakkan namanya.

Anwar semalam berkata isu peralihan kuasa dibincangkan dengan Mahathir dalam pertemuan 30 minit mereka di Putrajaya semalam

Mahathir telah berulang kali berkata akan menyerahkan jawatan kepada Anwar, tetapi tidak menyatakan tarikh tepat.

Lihat Komen
ADS