Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir di tingkat atas Komtar: Pejabat exco bergenang air

Beberapa tingkat bangunan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang, Komtar dilanda banjir hari ini, membawa kepada operasi pemindahan bagi tujuan keselamatan

Ketua Pegawai Eksekutif PDC Setia Urus, pejabat pengurusan Komtar, Ang Choo Hong berkata para pekerja menjalankan beberapa kerja penyelenggaraan di bilik pam di tingkat 61.

"Salah seorang daripada mereka semasa menjalankan kerja tidak begitu cermat, dan paip air utama pecah," kata Ang.

"Sumber air telah dimatikan untuk membiarkan air surut," katanya.

"Kami juga menutup lif untuk keselamatan kerana kami bimbang air boleh menyebabkan litar pintas di dalam lif, orang boleh terperangkap," tegasnya.

Sumber memberitahu Malaysiakini: "Tingkat 53 banjir. Saya dengar tingkat lain juga (banjir), saya fikir terdapat beberapa masalah tangki air. Ia bukan hujan.

"Terdapat air jatuh melalui siling sekarang. Lif biru itu ditutup dan orang tersekat.

"Staf berjalan turun ke tingkat 42 dan 26, di mana mereka boleh mengakses lif hijau dan kuning."

Tingkat 53 menempatkan pejabat majlis exco negeri.

Menurut kakitangan pejabat Ketua Menteri Chow Kon Yeow, masalah itu disebabkan oleh "paip pecah".

Malaysiakini cuba menghubungi syarikat pengurusan Komtar, PDC Setia Urus Sdn Bhd, bagi mendapatkan penjelasan mengenai masalah banjir tersebut.

Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy berkata paip pecah di salah satu tingkat bangunan itu telah menjejaskan lif.

"Saya terpaksa memanjat anak tangga sebanyak sepuluh tingkat, dari tingkat 42 hingga 52. Mungkin ada pemindahan, kami menunggu arahan.

"Lif mungkin tidak selamat digunakan buat sementara waktu. Mesyuarat majlis exco negeri mungkin terganggu," kata Ramasamy.

Suatu sidang akhbar yang dirancang diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh, terpaksa beralih dari tingkat 53 ke tingkat tiga akibat banjir itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS