Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mufti Perlis selar cubaan hapus bukti, tipu laporan audit
Diterbitkan:  Nov 22, 2019 5:01 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar pihak yang terlibat dalam “pengkhianatan kepada negara”.

“Mengambil harta secara tidak sah, menipu laporan audit, cuba menghapuskan bahan bukti, memaksa orang lain menipu, menipu kerajaan dan rakyat, memecat orang yang inginkan ketelusan, kemudian masih berterusan menipu.

“Jika itu bukan satu pengkhianatan kepada negara, maka tiadalah lagi istilah 'khianat' dalam dunia ini.

“Bersekongkol dengan individu seperti ini bererti bersekongkol dengan pengkhianatan,” tulisnya di Facebook yang sering menyentuh pelbagai isu semasa dalam negara.

Seperti biasa, dalam tulisannya petang ini, Asri tidak menamakan mana-mana pihak atau merujuk kepada sesuatu isu dengan khusus.

Bagaimanapun, status itu dikeluarkan sehari selepas Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus), Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad mengaku di mahkamah bahawa dia menyimpan salinan asal audit 1MDB yang diarah musnah di era pentadbiran lama.

Salinan itu kini dikemukakan sebagai bukti dalam perbicaraan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak yang dituduh mengarahkan pindaan ke atas laporan audit syarikat pelaburan negara penuh kontroversi itu.

Salwani juga mencuri rakam perbincangan antara pegawai tertinggi kerajaan dan 1MDB pada 2016 yang menjadi bukti dalam perbicaraan yang mana dia dipanggil menjadi saksi.

Nor Salwani Muhammad

Lihat Komen
ADS