Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tidak berbangkit isu singkir pemimpin, kata Salahuddin

Tidak ada sebarang isu berbangkit atau wujud usaha mahu menyingkirkan mana-mana pemimpin semasa sesi pemilihan Amanah yang sedang berlangsung ketika ini, kata Salahuddin Ayub.

Menurut Timbalan Presiden Amanah itu, sesi pemilihan di beberapa negeri ketika ini dijalankan dengan begitu baik dan harmoni.

"Saya tidak mendengar itu (penyingkiran) sebagai satu isu kerana dalam pemilihan ini, kita dapat menjalankannya dengan begitu baik dan harmoni .

"Sekarang ini Amanah sudah sampai ke peringkat negeri . Esok (hari ini) di Perak dan Pulau Pinang. Sebelum ini di Johor, Kedah dah selesai , Kelantan ,Terengganu juga sudah selesai dan semuanya berlangsung dalam keadaan yang harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung terdapat ura-ura dakwaan atau usaha mahu menyingkirkan pemimpin tertinggi dalam parti Amanah.

Salahuddin ditemui pemberita selepas majlis makan malam dan penyampaian sumbangan Santuni Rakyat Kongsi Bersama kepada 150 fakir miskin kawasan Tasek Gelugor malam tadi.

Ia merupakan program turun padang dan menyantuni individu yang memerlukan, anjuran Amanah Tasek Gelugor.

"Melalui program ini, kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara kepimpinan dan rakyat dan saya rasakan begitu penting kerana menjadi harapan supaya apabila pimpinan Amanah ini sebahagiannya dalam kerajaan, kita tidak lupa untuk mendekatkan diri kepada rakyat,” katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS