Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Saya tak pernah dipanggil bela diri sebelum dipecat dari PKR'
Diterbitkan:  Nov 24, 2019 8:27 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Ketua PKR Cabang Bera Zakaria Abd Hamid mendakwa dia tidak pernah dipanggil untuk membela diri berhubung pertuduhan rasuah terhadapnya.

Zakaria berkata demikian sebagai respons terhadap pemecatannya daripada PKR.

"Perkara ini adalah mengejutkan kerana saya tidak pernah dimaklumkan sama sekali melalui apa-apa cara tentang sebarang pertuduhan disiplin terhadap saya oleh mana-mana pihak.

"Apatah lagi tindakan tersebut diambil (jika benar) tanpa melalui proses memanggil saya untuk membela diri seperti mana biasanya dilakukan oleh mana-mana badan politik yang berkanun," katanya.

Zakaria berkata dia sedang menunggu penjelasan rasmi daripada pihak ibu pejabat parti.

Terdahulu, Pengerusi lembaga disiplin parti Ahmad Kassim memaklumkan bahawa majlis pimpinan pusat (MPP) yang berlangsung hari ini memutuskan pemecatan Zakaria yang merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Turut dipecat ialah ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya sebelum ini mendapat surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 23 Oktober 2019 yang menasihati mereka agar meneliti dakwaan terhadap dua ahli mereka.

Siasatan SPRM berhubung perkara itu dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Zakaria, yang juga ketua PKR cabang Bera, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Lihat Komen
ADS