Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

GLOBAL | Seorang tahanan rakyat Palestin meninggal dunia di penjara Israel didakwa kerana kegagalan pihak berkuasa penjara memberikan rawatan yang sewajarnya, lapor agensi berita Anadolu.

"Sami Abu Diak, 37, hanya dihantar ke pusat perubatan Assaf Harofeh selepas kesihatannya semakin teruk sebelum disahkan meninggal dunia," menurut kenyataan Persatuan Banduan Palestin.

Berasal dari bandar Jenin di Tebing Barat beliau ditahan tentera rejim Zionis pada 2002 dan dihukum penjara seumur hidup.

Menurut persatuan itu, Abu Diak menderita sakit yang teruk selepas pembedahan yang dijalaninya di hospital Israel Soroka tidak berjaya.

Setakat ini, pihak berkuasa Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Dianggarkan seramai 222 tahanan Palestin maut di penjara Israel sejak 1967, lima daripadanya meninggal dunia tahun ini.

Lebih 5,500 rakyat Palestin kini ditahan di penjara di seluruh Israel.

- Bernama

Lihat Komen
ADS