Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tahanan Palestin di penjara Israel terus dizalimi - Mahmoud Abbas

GLOBAL | Presiden Palestin Mahmoud Abbas memberi amaran semakin ramai tahanan Palestin di penjara Israel ditindas serta dizalimi, lapor agensi berita Xinhua memetik agensi berita Palestin Wafa.

Beliau menyuarakan kebimbangannya mengenai perkara itu terutama apa yang terjadi di penjara "Ofer".

Kenyataan itu mengatakan Abbas telah berhubung dengan pelbagai pihak dari negara Arab untuk memastikan tahanan Palestin terus dilindungi.

Persatuan Kelab Banduan Palestin berkata pada Isnin sekurang-kurangnya 100 tahanan Palestin cedera dalam pertembungan dengan pengawal di penjara Ofer di Tebing Barat.

Pertubuhan itu berkata tahanan Palestin terus didera, ditindas serta dizalami dengan pelbagai cara termasuk ditembak dengan senjata logam bersalut getah, gas pemedih mata dan mennggunakan anjing untuk menyerang tahanan lebih menyedihkan tiga sel penjara turut dibakar.

Media Israel mendakwa tahanan Palestin melanggar disiplin menyebabkan mereka perlu menerima hukuman.

- Bernama

Lihat Komen
ADS