Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: Pemuda Bersatu lebih aktif dari ahli dewasa

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad memuji sayap pemuda partinya, Armada kerana lebih aktif berbanding anggota yang lebih dewasa.

Ketika majlis makan malam mengutip dana Armada 2019 di Shah Alam malam ini, Dr Mahathir berkata ahli parti yang lebih dewasa lebih memikirkan kedudukan mereka di dalam Bersatu.

"Sebenarnya Armada ini satu sayap yang penting dalam parti Bersatu. Biasanya sayap penting sepatutnya ialah golongan dewasa tapi saya dapati sayap-sayap lebih utama daripada golongan dewasa. Bukan saja Armada tetapi Srikandi juga demikian. Lebih aktif daripada golongan yang dewasa.

"Golongan dewasa, mungkin kerana sudah dewasa, tak dapat memikir secara ideal, dengan harapan yang baik untuk bangsa, negara, agama.

"Mereka lebih tertarik dgn nasib mereka dalam parti," katanya ketika berucap.

Dr Mahathir menjelaskan jika anggota parti cuma memikirkan diri sendiri maka parti dan diri mereka juga akan kehilangan sokongan.

"Sebab itu bila sertai politik, perjuangan kita adalah perjuangan parti, bukan untuk diri sendiri.

"Kalau berjuang untuk parti, kita sendiri dapat nikmat. Tapi kalau untuk diri sendiri, kita dan parti tak rasa nikmat. Sepatutnya kita tahu perkara ini. Tapi masih juga ada yang fikir bahawa yang utama tak ada cabaran terhadap diri sendiri.

"Kalau kita umumkan masa pilihanraya, 'undilah saya supaya saya dapat jadi PM', saya tak rasa kita dapat kemenangan," katanya yang menegaskan parti itu bukan alat demi mencapai kepentingan sendiri.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan Armada berjaya mengumpul dana sebanyak RM5.12 juta.

Syed Saddiq berkata jumlah itu melepasi sasaran awal Armada untuk mengumpulkan RM1 juta.

Jelasnya, sebahagian daripada dana itu akan diagihkan ke peringkat bahagian untuk berbagai aktivitu antaranya membayar yuran program tuisyen dan memberi bantuan kewangan kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah B40.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS