Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazrin akui cadang saja, tak buat usul tak percaya pada Anwar

Naib Ketua AMK Lembah Pantai Nazrin Idham Razali mengakui beliau hanya mencadangkan tetapi tidak membuat usul undi tidak percaya terhadap Presiden Anwar Ibrahim dalam Kongres AMK 2019.

Beliau memberitahu bahawa ia tertakluk kepada pemimpin atau perwakilan AMK lain membawa usul tersebut di kongres 6 Disember di Melaka.

"Usul undi tidak percaya terhadap Anwar, kita cuma cadangkan sahaja.

“Tertakluk kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK bawa ke kongres," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Pada 1 Disember, di tengah-tengah ketegangan dalam PKR antara kem Anwar dan timbalannya Azmin Ali, Nazrin dilaporkan mahu usul undi tidak percaya terhadap presedin PKR.

Anwar Ibrahim

Nazrin berkata tindakan “mencantas” kepimpinan yang menyokong Azmin membawa kepada perpecahan teruk.

Pemimpin PKR pusat dan AMK semalam berkata semakan mereka mendapati tiada usul undi tidak percaya dikemukakan dalam kongres tahunan parti itu yang akan bermula Jumaat ini.

Lihat Komen
ADS