Demi alam sekitar, Erdogan veto undang-undang yang disifatkan tidak sesuai
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggunakan kuasa vetonya terhadap undang-undang untuk menangguhkan pemasangan penapis pada loji kuasa tenaga haba, lapor agensi berita Anadolu memetik seorang jurucakap parti pemerintah negara itu.
"Presiden kami mendapati peraturan itu tidak bersesuaian dan menggunakan kuasa vetonya," kata jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) Omer Celik, dalam satu sidang akhbar semasa mesyuarat jawatankuasa eksekutif di Ankara.
Beliau berkata di bawah undang-undang omnibus yang diluluskan parlimen pada 21 Nov telah menangguhkan kewajipan untuk memasang penapis pada 15 loji kuasa tenaga haba yang menyebabkan pencemaran udara selama dua setengah tahun dan peraturan itu masih menunggu kelulusan presiden.
Menyedari bahawa sektor tenaga sangat penting dan mesyuarat jawatankuasa memutuskan untuk melindungi dan terus memperbaiki aset itu.
Celik berkata Erdogan mendapati tidak perlu untuk memberi tempoh dua setengah tahun lagi kepada pemilik loji, yang tidak memasang penapis dalam tempoh tujuh tahun.
Katanya, ia adalah veto pertama yang ditandatangani Erdogan.
-- Bernama

