Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mana Adam Adli, menyorok bawah meja?'
Diterbitkan:  Dec 4, 2019 12:23 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Mahasiswa pro-Umno hari ini berikrar mahu menzahirkan sokongan mereka pada pembangkang secara terbuka seperti aktivis antikerajaan di era BN Adam Adli.

“Kami tak mahu takut lagi. Kami sudah merasa dan nampak apa kesannya sekiranya mahasiswa menyokong Umno secara bersembunyi.

“Jika Adam Adli dan rakan-rakan boleh menyokong pembangkang dahulu secara terbuka jadi mengapa kami tidak boleh melakukan perkara yang sama,” mahasiswa Umno Muhammad Zafir Mohd Saman dipetik sebagai berkata.

Beliau berucap demikian dalam perjumpaan mahasiswa bersama Setiausaha Agung Umno Annuar Musa sempena perhimpunan agung parti itu yang membuka tirainya hari ini.

Umno Online melaporkan Zafir sebagai berkata kelab mahasiswa akan bergerak bukan sahaja sebagai ejen kepada parti tetapi akan menjadi satu gerakan mahasiswa sebagai pasukan untuk mendesak kerajaan.

Adam Adli

“Sekarang kami akan lantang untuk jadi semak dan imbang baik kepada kerajaan mahupun Umno.

“Kami mengkritik dan sediakan solusi. Dulu Adam Adli dan rakan-rakan hanya pandai kritik tapi tiada solusi. Kita tidak mahu seperti itu, tidak mahu sembang kosong.

“Sekarang mana Adam Adli? Menyorok bawah meja. Kami tidak mahu seperti itu,” katanya seperti dilaporkan media rasmi Umno itu.

Hari ini Perhimpunan Agung Umno (PAU)2019 membuka tirainya. Secara tradisi, mahasiswa turut serta menyertai perhimpunan itu.

'Tak hina jadi pembangkang'

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengingatkan golongan mahasiswa bahawa menjadi pembangkang bukanlah satu perkara yang hina.

Kata Annuar, pembangkang memainkan peranan yang sama pentingnya dengan kerajaan.

“Kita tidak mahu mundur ke belakang atau meletakkan diri dalam situasi rendah diri. Kita adalah sebuah parti perjuangan.

“Tak hina sekiranya kita menjadi pembangkang (kerana ia penting) sebagaimana pentingnya menjadi kerajaan,” katanya dalam ucapannya semasa sesi pembukaan Persidangan Mahasiswa Umno bersama mahasiswa sempena2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Lihat Komen
ADS