Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Laporan Suhakam akan dibahas kali pertama di Dewan Rakyat

Dewan Rakyat dijangka akan membahaskan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) buat pertama kali sejak penubuhannya 19 tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dijangka akan membentangkan usul tersebut yang disenaraikan pada kedudukan kelima dalam kertas aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.

"Dewan akan membahaskan laporan itu pada esok. Ini adalah merupakan kali pertama ia dibentangkan dan akan menjadi peristiwa penting dalam era kerajaan PH," kata sumber pihak atasan kepada Malaysiakini.

"Jika dibandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini di mana laporan Suhakam pernah dibentangkan tapi tidak pernah dibahaskan," tambahnya.

Veteran DAP, Lim Kit Siang yang sebelum ini menggesa agar laporan tersebut dibahaskan turut memuji langkah tersebut.

"Buat pertama kalinya laporan Suhakam akan dibahaskan," kata MP Iskandar Puteri kepada Malaysiakini.

Usul tersebut akan meminta Dewan Rakyat untuk mengambil kira cadangan-cadangan utama yang terdapat dalam laporan tahunan Suhakam pada 2018 yang dibentangkan pada 11 April tahun ini.

Harimau tak bertaring diikat pada tiang

Menurut kertas aturan usul tersebut, Dewan Rakyat digesa supaya mengiktiraf aspirasi serta komitmen kerajaan dalam melindungi dan menghormati hak asasi manusia.

"Suhakam telah menjadi badan bebas yang diiktiraf di dalam dan luar negara sehingga ke peringkat menerima 'status A' di bawah Prinsip Paris," tambahnya.

Sebelum ini, terdapat kritikan yang melihat suruhanjaya itu sebagai 'harimau yang tidak bertaring' selepas kerajaan tidak menghiraukan syor dan laporan mereka.

Empat tahun lalu, ketua pesuruhjaya Suhakam, Hasmy Agam berkata suruhanjaya itu lebih teruk daripada 'harimau yang tidak bertaring'.

"Harimau adalah harimau, dan sebelum ia membuka mulutnya anda sudah mula takut kepadanya walaupun belum kelihatan taringnya.

"Dari pandangan saya, Suhakam adalah pemerhati (watchdog) yang diikat pada tiang," tambahnya lagi.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS