Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAU 2019 | Umno akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang bakal diadakan, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

"Secara tidak rasmi, kita akan meletakkan calon kita untuk pilihan raya kecil parlimen Kimanis kerana kerusi itu milik kita. Ia milik Umno,” katanya kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno 2019, di Kuala Lumpur.

Pada Isnin lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi parlimen Kimanis pada pilihan raya umum Mei tahun lepas, sekali gus memberi laluan kepada PRK kawasan itu.

Terdahulu Ahmad Zahid menyaksikan majlis menandatangani perjanjian MOU Penulisan Ensiklopedia Umno yang akan dihasilkan oleh Biro Penerangan Umno.

“Ensiklopedia ini adalah penerbitan rasmi Biro Penerangan Umno Malaysia yang mengumpulkan semua dokumen penting parti sejak penubuhannya pada 1946 hingga hari ini," katanya.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS