Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis: Jangan muat naik, sensasikan artikel berkaitan PKM

Polis telah memulakan siasatan terhadap acara ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai yang diadakan di Songkla, Thailand, dan dihadiri bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM).

Pada masa sama, polis menggesa semua pihak agar tidak memuat naik atau mengongsikan kenyataan atau artikel berkenaan acara itu di media sosial dan medium lain.

"Penularan kenyataan atau bahan berkaitan perkara (acara) ini mahupun PKM dikhuatiri akan menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan suasana tidak harmoni dalam negara ini.

"Diingatkan tindakan memuat naik kenyataan atau artikel berkatan perkara ini boleh menyebabkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati sengaja mensensasikan isu berkaitan PKM," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed.

Huzir berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 505C Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, selepas menerima kira-kira 53 laporan berkaitan acara tersebut yang berlangsung 2 Disember lalu.

Ia selepas gambar sejumlah individu yang memakai seragam "seakan komunis" di acara itu disebarkan di internet. Ia termasuklah beberapa gambar yang diambil Malaysiakini ketika membuat liputan di sana.

Polis sebelum ini melancarkan siasatan terhadap acara serupa yang dibuat di Kajang minggu lalu, yang juga dihadiri bekas anggota PKM.

Huzir memberi jaminan bahawa polis akan menyiasat perkara itu secara telus dan adil.

Lihat Komen
ADS