Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis buka siasatan isu murid nyanyi Negaraku dalam Mandarin

Polis membuka siasatan berhubung dakwaan murid di sebuah sekolah menyanyikan lagu ‘Negaraku’ dalam bahasa Mandarin seperti yang tular dalam media sosial hari ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

"Video itu adalah video lama dan kami akan membuka siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur.

Hari ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataan menyatakan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan melibatkan Perlembagaan Malaysia sama ada secara sengaja atau tidak.

Video berdurasi satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 Sept, 2018 di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS