Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Muafakat Nasional perlu belajar jauhi ketuanan Melayu terlalu bangga diri'

Seorang perwakilan Umno Johor menggesa agar Muafakat Nasional yang melibatkan Umno dan PAS mengambil pendekatan yang lebih inklusif dan menjauhi amalan ketuanan Melayu yang terlalu membanggakan diri.

Dalam ucapan perbahasannya, perwakilan Umno Bahagian Kulai, Mohd Jafni Md Shukor berkata Muafakat Nasional perlu dilihat lebih inklusif.

"Umno, menerusi Muafakat Nasional mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa Islam adalah agama demokratik, progresif dan sederhana.

"Kita mesti tunjukkan Melayu merupakan bangsa yang ingin untuk maju dan berjaya. Belajar tinggalkan amalan ketuanan Melayu yang terlalu bangga, selesa dengan menjadi tuan tanah.

"Ya, kita bangga jadi tuan tanah. Tapi biarlah ia mestilah berkadaran (sederhana)," katanya.

Tambah Jafni, Umno dan PAS mesti mengubah pemahaman mereka mengenai perjuangan asas parti masing-masing dan mengambil pendekatan moderat.

Pada masa yang sama, katanya, semua pihak dalam Umno juga akan mempertahankan teras dalam Islam, Melayu dan Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS